Hari ini pada pukul 6ptg sedang saya bersantai-santaian, editor itu menelefon saya bertanyakan nama pena yang mahu saya gunakan. Setelah berbincang akhirnya saya dan dia sama-sama bersetuju dengan nama yang saya pilih. Mengapa pula saya mahu abadikan peristiwa kecil itu di sini? Kerana dia adalah seorang editor yang sungguh mengkagumkan.
Semata-mata kerana mahu menyiapkan kerjanya (persediaan untuk terbitkan novel saya) dia berkata dia akan pulang malam. Sungguh saya terharu. Tiada ucapan murni lain yang dapat saya ucapkan melainkan terima kasih. Semoga Allah membalas kebaikan hatinya dengan sebaik-baik balasan.
Sikapnya yang ramah dan mudah dibawa berunding juga membuatkan saya berasa teruja bekerjasama dengannya.
Friday, November 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment