Lebih terkini: panggilan daripada Kak Wan sebentar tadi membuatkan saya berfikir panjang. Saya sedang berkira-kira menarik semula manuskrip ini bagi dihantar ke penerbit lain. Tunggulah dulu bagaimana. Mungkin saya menariknya ataupun mungkin juga saya menunggu lagi. Rasa rugi mahu menariknya kerana saya akan terlepas peluang bekerjasama dengan editor di Alaf. Dapat bekerjasama dengan ramai editor dari pelbagai penerbit bagus juga. Lain penerbit, lain pengalaman yang saya dapat. Hmm...
**************************************************************************************
Ditulis: 12/11/07
Terkini: Alhamdulillah manuskrip ini sudah selesai dinilai. Hanya menunggu panggilan kerana ada bab yang perlu dibaiki selewat-lewatnya awal bulan dec.07.
**************************************************************************************
Ditulis: 30/4/2007
Inilah satu-satunya manuskrip yang menuntut kesabaran saya menunggu keputusannya. Melalui perbualan telefon, Kak Wan meminta saya bersabar sehingga selepas pertengahan tahun ini. Daripada cara Kak Wan bercakap, alaf memang berminat menerbitkan manuskrip pertama saya itu.
Namun apa pun yang bakal terjadi saya pasrah. Kerana saya tidak mahu menjadi penulis yang tidak tahu berdiri sendiri . Saya mesti menerima ketentuanNya. Ada yang menyangka saya menghantar manuskrip ke sana kerana mengharap glamour. Tetapi saya tidak peduli apa yang mereka mahu sangka. Pada saya, apa sahaja yang saya lakukan adalah keranaNya.
Cakap-cakap orang, boleh ke bakul sampah :D
2 comments:
Assalamualaikum,
Bagusnya penulis sepenuh masa yang ini! Waktu mula-mula tanya sebelas bulan dulu ada enam manuskrip sudah siap tunggu terbit sahaja. Sekarang entah berapa puluh yang sudah siap. Tahniah sahaja yang dapat diucapkan! Nak buat macamana, sudah rezeki penulis sepenuh masa...
Wa'alaikummussalam,
Terima kasih. Tulis banyak terbitnya lambat. Almaklum kena beratur. Novel2 cikgu pun tidak lama lagi terbit, bukan?
Post a Comment