Hakcipta

Semua yang ditulis adalah hak milik penulis blog ini. Tidak dibenarkan mengambil mana-mana bahagian tanpa izin.

Saturday, November 17, 2007

Berita gembira datang bertimpa


Ditulis pada 30/4/07

Bulan sebelas insyaAllah sebuah lagi novel saya bakal diterbitkan. Saya belum mahu bercerita lagi tentang novel yang satu ini. Harap sabar menunggu :D

Terkini 5/11/07

Alhamdulillah selesai juga pruf manuskrip Anugerah (jika tidak ditukar tajuknya. Cerita berkonsepkan kekeluargaan) yang bakal diterbitkan pada tahun ini (jika mengikut jadual yang diberitahu kepada saya oleh editor). Usia manuskrip ini lebih kurang setahun di pejabat penerbitan. Tidak kisahlah berapa lama pun. Yang penting sudah selesai dipruf dan hanya menunggu dicetak dan meluncur ke pasaran.

Pening juga semasa membaikinya, kerana dalam masa yang sama saya juga pruf manuskrip saya yang bakal diterbitkan pada tahun hadapan. Kata bijak pandai, jika sudah rezeki tidak ke mana. Semoga Allah merahmati editor-editor dan pemilik syarikat penerbitan itu. Terima kasih semua. Terima kasih yang tidak terhingga.

Wahai diri, nikmat Tuhanmu yang manakah yang mahu kau dustakan?

Nota: Nikmat yang Tuhan beri jangan terlalu didedahkan kepada khalayak. Nanti ada yang sakit hati dan iri. Saya sedar itu tetapi saya juga yakin, semua pembaca blog (pada asalnya rahsia ini) berhati mulia dan seputih salju :)

Allah berkata:

Artinya: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdo'a:

"Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan jangan Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Rabb kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang". (Al-Hasyr : 10)

No comments: