Saya ke KL hari ini kerana hendak berjumpa dengan dua rakan penulis yang sudah kukuh nama dalam arena penulisan berbanding saya yang masih baru. Setelah sampai ke destinasi yang saya tujui saya hubungi mereka lewat telfon.
Akak ada di bangunan biru. Zalisa di mana, tanya kak r.
Uik, buek apo kek situ. Saya di bangunan yang lagi satu.
Lo, okeylah, akak ke sana sekarang.
Saya hubungi pula rakan a. Tup, tup muka dia tersembul depan pintu bangunan yang cantik itu sambil bercakap di HP dengan saya :D
Kami naik ke tingkat atas. Setelah diperkenankan, kami berjumpa dengan pegawai yang bertugas. Saya beri peluang kak r promosi buku dia dulu, kemudian saya pula masuk daun. Selesai saya bercakap a pula menggoreng tentang novel2nya.
Setelah hampir setengah jam kami menggoreng, kami minta izin untuk pulang. Kami berpisah dengan kak r di hadapan pintu. Saya dan a pergi isi perut yang belum diisi lagi dari pagi tadi. Urrp... Alhamdulillahm perutpun udah berat.
Kami pakat pulang bersama. Dalam teksi, a tiba-tiba teringat dia masih belum bayar harga makanannya. Hahaha.... Apalah hikmah agaknya, sudah dua orang terlupa bayar harga makanan apabila makan bersama saya.
Sampai di rumah saya berkata kepada diri, sekarang apa yang perlu saya lakukan adalah doa, tawakkal dan baik sangka pada Allah.
Wednesday, March 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment