Hakcipta

Semua yang ditulis adalah hak milik penulis blog ini. Tidak dibenarkan mengambil mana-mana bahagian tanpa izin.

Saturday, March 14, 2009

Ke UPM

14 Mac 09 saya ke UPM mengikuti seminar MENGENANG Allahyarham PAK DARMA. Rasa beruntung sangat dapat ke sana. Sekarang jika terdengar ada seminar di mana-mana berkobar-kobar hati hendak pergi. Bukan apa, dapat kumpul kertas-kertas kerja yang mempunyai pelbagai maklumat. Jika hendak mengumpul maklumat-maklumat itu sendiri bukannya mudah.
Tidak cukup juadah untuk sarapan. Saya dan kak s ke gerai berhampiran. Sedap masakan di situ. Urrrp... Alhamdulillah. Usai makan perutpun berat. Dalam perjalanan hendak ke UPM semula tiba-tiba teringat belum bayar harga makanan yang kami sedang cerna. Huwahahaha. Terpaksa berpatah semula. Mujur belum pulang ke Seremban. Jika tidak memang naya.

No comments: