Hakcipta

Semua yang ditulis adalah hak milik penulis blog ini. Tidak dibenarkan mengambil mana-mana bahagian tanpa izin.

Wednesday, March 25, 2009

Novel ini terpilih pada tahun lepas



Novel ini dibeli oleh PNM pada tahun lepas sebanyak 1089 naskhah. Kelam kabut juga hendak mencari wang bagi membeli sendiri daripada penerbit supaya dapat menjualnya semula ke PNM atas dana penulis.

Pesanan untuk penulis, simpan wang anda kerana apabila buku anda terpilih, anda perlu membeli buku anda sendiri daripada penerbit. Tetapi tidak semua penerbit meminta wang terlebih dahulu. Ada yang memberi kebenaran mengambil buku secara percuma setelah terjual baharulah melunaskan harganya.

Bayaran oleh PNM juga akan dipotong sebanyak 0.8 peratus sekiranya e- perolehan. Tidaklah banyak tetapi harap-harap tidak dipotong langsung. Hehehe....

Terima kasih PNM kerana sudi merayu kepada kementerian bagi pihak kami penulis. Harap-harap selepas 2009 PNM tolonglah rayu lagi. Semoga semua penulis mendapat faedah daripada dana itu.

Semoga Allah membalas kebaikan PNM dengan sebaik-baik balasan. Amin....

No comments: