Hakcipta

Semua yang ditulis adalah hak milik penulis blog ini. Tidak dibenarkan mengambil mana-mana bahagian tanpa izin.

Tuesday, March 3, 2009

Dialog bersama ketua pengarah PNM

Saya mendapat jemputan PNM untuk sesi dialog bersama ketua pengarah PNM. InsyaAllah saya hadir. Apa yang hendak saya cadang/tanya supaya golongan penulis mendapat faedah bersama ya? Fikir punya fikir akhirnya saya hantar SMS kepada beberapa orang rakan penulis meminta pendapat mereka. Dua orang telah memberi respon. InsyaAllah saya majukan cadangan mereka. Err... jangan pula lidah saya menjadi kelu apabila melihat ramai penulis hebat di sana nanti :D

Biarpun begitu pada waktu ini saya masih memikirkan nasib bayi saya yang berusia 7 bulan. Dia menyusu badan itulah sebabnya saya risau hendak meninggalkannya. Apatah lagi hendak ditinggalkan di rumah orang. Saya sudah mempunyai 6 orang anak tetapi inilah kali pertama saya hendak meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh, walaupun jiran saya itu baik hatinya bermacam gambaran buruk tetap bermain dalam kepala. Bukan buruk sangka tetapi sebagai ibu yang tidak pernah meninggalkan anak di rumah orang adalah sesuatu yang sukar hendak saya telan begitu sahaja.

Dalam keadaan serba salah ini tiba-tiba suami telefon dan berkata akan cuba mohon cuti. Erk, hari itu katanya ada mesyuarat penting pada tarikh dialog itu diadakan. Hmm... apa-apa pun harap permohonan cutinya diluluskan. Hati saya lebih senang jika bayi kami dalam jagaannya. Sebab si comel itu jika dipegang oleh orang lain daripada umi, ayah, abang dan kakaknya terlalaklah dia sepanjang hari. Alahai anak umi....

No comments: