Lama sungguh manuskrip yang satu ini hendak diterbitkan. Tahun siapnya jika saya tidak silap 2007. Sudah saya hantar ke penerbit **** tetapi lambat sangat syarikat itu hendak terbitkan. Saya tarik dan hantar ke Alaf 21. Alhamdulillah mendapat jawapan positif beberapa hari yang lalu.
ZULKARNAIN SI ANAK NAZAR, sudahpun disahkan oleh editor berada dalam jadual akan terbit. Cuma bilakah tarikh terbitnya tidak dapat editor berjanji kerana menurutnya terlalu banyak manuskrip yang sedang menunggu giliran diterbitkan.
Okeylah, saya tidak kisah yang penting sudah dimasukkan ke dalam jadual penerbitan. Harap-harap tidaklah sampai bertahun-tahun-tahun lamanya. InsyaAllah saya boleh membantu penerbit menjualnya sendiri sehingga seribu naskhah lebih setelah diterbitkan. Tolong terbit cepat-cepat ya. Saya tidak sabar hendak genggam RM ni :D
No comments:
Post a Comment