Hakcipta

Semua yang ditulis adalah hak milik penulis blog ini. Tidak dibenarkan mengambil mana-mana bahagian tanpa izin.

Thursday, September 6, 2007

Tawakkal itu ubat

CustomGlitterGraphics.com - Myspace Glitter Graphics

Sekali saya melangkah ke dunia penulisan yang sudah lama saya tinggalkan, apakah perkara pertama yang ada dalam fikiran saya? Ya, saya pasang niat mahu menyampaikan sesuatu yang baik dalam bentuk cerita. Jika dahulu saya hanya menulis di akhbar (tidaklah sebanyak mana, hanya dua tiga helai kertas), kini saya bertekad tiada lagi karya saya di akhbar (kecuali jika ditakdirkan sebaliknya).

Mengapa saya bertekad begitu? Tiada apa-apa masalah saya dengan mana-mana penerbitan, cuma saya lebih suka jika karya saya diterbitkan dalam bentuk buku kreatif. Disimpan dan diulang baca oleh pembelinya :D.

Rupa-rupanya menjadi penulis novel (buku kreatif) cabaran dan dugaannya lebih besar. Mesti bersedia disakiti. Mesti bersedia diumpat keji. Bertelinga tebal. Berhati sekeras batu dan, tawakkal pada ketentuanNya, ubat paling mujarab bagi merawat hati yang terluka.

4 comments:

tintaHati said...

Wahh sedashat itu kah untuk menjadi seorg penulis kreatif? Nampaknya saya kena berjuang habis2an dulu dalam sarjana. Nak menulis sesuatu yang akademik pun sukar. Asyik2 ditolak supervisor...huhu...

Tawakal dan terus berusaha, insyaAllah berjaya!

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

Dalam bidang apa pun dahsyat cabarannya ayang oiii...

Semoga berjaya mencapai cita2mu ;)

Abang Long said...

Wahai yang dihormati Puan Sifu Zalisa. Kagum, sungguh kagum dengan tahap kesabaranmu itu wahai Puan Sifu. Masih 'terngiang' kritikan pedas dari Puan Sifu tempohari. Namun saya tetap bersyukur. TERIMA KASIH kerana sudi 'mendengar' suara saya.

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

Apa benda yang kagum sangat tu, Abang Long? Perkara biasa. Tanpa sabar diri sendiri yang rugi :)