Mereka adalah duta syarikat tetapi mereka tidak sedar. Lantas mereka dengan sewenang-wenangnya menyakitkan hati penulis. Penulis pula adalah timun, menggolek luka, digolek pun luka tetapi mereka tidak sedar lalu menjulang-julang penumbuk kecil mereka.
Apabila dua perkara ini terjadi, siapakah yang rugi? Mereka, penulis, atau orang yang berada antara kedua mereka? Siapa mahu jawab ini?
Tali kasih sayang (silaturahim) antara penulis dan penerbit ada di tangan mereka. Jika mereka gagal menyimpul matikan ikatan tali itu, maka terlerailah kasih sayang yang dijalin.
Tugas seorang duta tidak semudah yang disangka. Jika gagal duta sesebuah negara mempekenalkan negara mereka, hancurlah reputasi negara yang mereka wakili pada pandangan rakyat negara lain.
Ah, cukuplah berleter. Baru berusia 38 tahun, nanti dipanggil nenek pula!

2 comments:
Wahai yang dihormati Puan Sifu Zalisa. Rasanya (rasanya), ketiga - tiga pihak akan rugi. Tetapi yang paling rugi, adalah abang long, sebab tidak dapat membaca, menghayati dan menghargai hasil karya seorang penulis, seperti Puan Sifu. Sudah khatam tiga kali - Siri Adam Kecil - Dicakar Hantu. Tetapi yang 'membengangkan' abang long, sebab novel tu dah hilang. Hari itu, sewaktu ramai saudara - mara datang kerumah, anak - anak saudara telah masuk kebilik dan membaca novel itu. Selepas beberapa hari, barulah tersedar tentang 'kehilangan' buah hati abang long itu. Rasanya nak jumpa 'tok bomoh'...!!!!
Sabau,Sabau, tok moh la ni pun dah jumpak doktor. Ha ha ha...
Post a Comment