Apabila sudah nekad memilih bidang penulisan, kita mesti memiliki kemahiran menahan perasaan marah. Marah kepada editor adalah perkara pertama yang akan kita rasai apabila berurusan dengan mana-mana syarikat penerbitan. Mengapa?Pengalaman saya menulis yang tidak seberapa itu sudah cukup mengajar saya agar menjadi penyabar tahap atap. Sekiranya rasa sabar itu hanyalah setakat paras dinding, hancurlah langkah permulaan yang sedang kita atur.
Saya pernah menerima emel cinta daripada seorang editor dengan tulisan merah, karya ini tidak diterima. Saya mendiamkan diri sambil memperbaiki semula karya itu dan menghantarnya semula. Sekali lagi saya mendapat emel cinta daripada editor itu, karya ini bagus tetapi tidak sesuai. Boleh baiki?
Kali ketiga barulah karya saya itu diterima dengan pujian. Pesanan daripada saya yang serba daif ini, kuatkan hati setelah kita nekad memilih kerjaya sebagai penulis. Usah cepat putus asa walaupun hati berasa sakit menerima kata-kata yang menghiris :)
8 comments:
Kak, apa penyebab karya kita tidak diterima ya? Agaknya kurang bermutu dari segi apa? jalan cerita? format? atau gaya penulisan?
Tintahati, sebenarnya boleh dikatakan semua karya diterima. Tetapi kita yg mesti rajin dan tidak cepat putus asa. Sekiranya karya kita ditolak di syarikat A cuba hantar ke syarikat B. Begitulah seterusnya.
Tentu syarikat A tu ada standard tertentu kan? Huhu...Teringin la nak menulis sebuah novel satu masa nanti. Nak cerita tentang pengalaman sendiri...hehe..
Wahai yang dihormati Puan Sifu Zalisa. Sebenarnya banyak perkara didalam dunia ini yang menuntut kesabaran tahap atap. Abang Long sendiri, dengan tugas harian, aktiviti luaran dan kesibukan menguruskan rumahtangga. Ada ketikanya hampir hilang sabar. Tetapi bila menghampiri anak dan dihampiri isteri yang tersenyum, reda dan sejuk hati ini. Cuma Pokcik Mersik sahaja yang tidak pernah marah ... alahai lari tajuk pula...
Tintahati, begitulah kira2nya. Hmm... apalagi yg mahu ditunggu? Tulislah. InsyaAllah kak bantu sekadar yg mampu. Apa2 hal mesej saja kak di YM :)
Abang Long, betul tu. Sekiranya tidak sabar boleh terbalik dunia.
pengalaman akak, membuat Hannah tertahan untuk menghantar karya2, kerana..pertama sekali, hannah sendiri macam tiada confidence....lebih lebih pendatang baru macam Hannah, mmg tiada pengalaman....
Hana, jgn cepat menyerah kalah. Cuba, cuba dan cuba!
Post a Comment