Pada bulan 6. 2007 ini, novel fantasi karya saya bakal diterbitkan oleh KarnaDya. Sebelum ini saya sudah pun menandatangani perjanjian melesenkan penerbitan (Adam Kecil: Dicakar hantu. Sebuah novel kanak-kanak) dengan PTS one. Nampaknya dalam masa sebulan, dua buah novel saya bakal berada di pasaran. Sebuah novel kanak-kanak. Sebuah lagi novel remaja awal. Alhamdulillah.
Terima kasih Puan Aina Emir, kerana memberi saya peluang berkarya di syarikat puan. Terima kasih juga kepada editor yang bersusah payah mengedit manuskrip saya itu. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua petugas di KarnaDya. Lebih-lebih lagi Tuan FJ yang sabar melayan kerenah saya. He he he...
Terima kasih juga untuk seorang sahabat terbaik yang sanggup bersengkang mata menyiapkan ilustrasi novel saya itu. Terima kasih Icesoul. Panaharjuna, terima kasih juga kerana menjadi pencetus ilham.
Terkini: Saya sudah menandatangani perjanjian melesenkan penerbitan dengan KarnaDya. Alhamdulillah.
~ZN Isa~
Thursday, May 24, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Kesian iCe... kena dera.
Wah tahniah kak utk novel yg bakal menyusul ni. Oh akak kawan baik icesoul ka. Suka tgk dia melukis.Cantik!
Takpe kak, raya nanti jangan lupa bakar lemang dan buat rendang utk kami sekeluarga...hehehe
Aininnaufal, bila lagi kak nak dera adik kesayangan kak tu. He he he...
Tintahati, Terima kasih. Icesoul mmg baik. Itu sebab kak ambil kesempatan :D
Icesoul, Lomang dan rondang tak jadi hal. Tiap2 tahun mesti masak. Datang kampung kak nanti. Atau tak meraso.
Salam ZM,
Tahniah atas penghasilan
novel itu, teruskan berkarya :)
Terima kasih sakura yang indah ;)
Kak adrini, nak mintak email blogger utk jemputan khas ke Biarlah rahsia. Sy nak setkan pada 'invited readers' only. ;)
Post a Comment