Marah tetapi perasaan kasihan kepadanya (kerana dia masih terlalu muda) membuatkan saya terdiam dan tidak mampu berkata-kata. Tidak mengapalah kata hati saya. Namun tidak habis di situ kerana saya menjadi kalut selepas itu.
Apa yang perlu saya lakukan? Kepada siapa saya mahu meminta tolong? Seorang rakan penulis@pelukis yang kebetulan menyala YMnya saya buzz. Setelah berbincang, dia bersetuju membantu saya. Tetapi kerana masa terlalu suntuk dia tidak mampu memberikan yang terbaik.
Ya Allah, saya rasa mahu menjerit. Ini projek pertama saya dengan syarikat penerbitan itu. Bagaimana niii.... Saya tidak mampu berfikir dan berbuat apa-apa lagi, lalu saya bertawakkal sahaja. Dengan nama Allah saya hantarkan sahaja ilustrasi itu kepada syarikat itu. Ya Allah bantulah hambamu ini.
~ZN Isa~
Monday, May 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Aduss kalau saya bisa melukis pasti akan membuatilustri yg baik buat novelmu. malangnya jari jemari ini begitu kaku. Apa pun usah khuatir, pasti Allah membantu.
Assalamualaikum.
Kalau boleh saya tahu, ini kak zalisa ke?
tintahati, Alhamdulillah, sudahpun datang bantuan daripada Allah :)
wa'alaikummussalam hani,
benar. kak mempunyai banyak nama pena. dan hani ini siapa ya? kak ke blog hani. rasanya itulah pertama kali kak ke sana. tapi cara hani bertanya macam kenal kak saja :)
kalau akak perasan, kat blog kak nisah ada link nama Hani Hamsyari. Itu la saya. Link tu ke blog yg lagi satu :)
Dah lama perasan nama akak kat blog kak nisah & naimisa yusof. And ada jugak tgk gambar2 akak masa bengkel cerpen tahun lepas - ngan amiza, SF, nasriah, salha dll (tapi saya tak join la).
Salam,
Moga dipermudahkan segalanya.
Berkat kesabaran insyaAllah berjaya hendaknya.
p/s. Yang mana satu nama harus saya panggil, samada ZM saja atau ZULAIKHA atau ZN ISA?
Hani, kak dah ke blog yg ada taburan bintang itu. Rasa macam di angkasa pula bila berada di situ :)
Salam kembali sakura, terima kasih atas doa. Panggil sahaja ZM lebih mudah. Lagi pun itu singkatan nama pena saya yg biasa dipanggil org.
Post a Comment